Orthokeratology atau juga dipanggil Ortho-K (OK) adalah kaedah menggunakan kanta sentuh oksigen tinggi untuk membetulkan / mengurangkan rabun jauh (myopic) buat sementara waktu dengan menukar bentuk kornea (permukaan depan mata).
Kanta Ortho-K dipakai semalaman semasa tidur dan dikeluarkan semasa bangun pada waktu pagi. Semasa memakai Ortho-K pada waktu malam, kornea diubahsuai untuk membetulkan fokus mata supaya semasa waktu siang penglihatan menjadi jelas tanpa perlu memakai cermin mata/kanta sentuh lagi.
Ortho-K disarankan atas sebab :
- Membetulkan rabun jauh (myopia)
- Memperlahankan peningkatan rabun jauh kanak-kanak
- Alternatif LASIK
- Alternatif tanpa kacamata / kanta sentuh biasa
Hubungi kami untuk penerangan lanjut berkaitan Ortho-K hari ini.