Tahukah anda bahawa mata adalah cermin kesihatan anda secara keseluruhan. Ini kerana mata adalah satu-satunya tempat dimana anda boleh melihat salur darah secara “direct”.
Tanda-tanda awal diabetes dan tekanan darah tinggi dapat dikesan dalam ujian mata. Sesetengah masalah mata dapat dikesan dan dirawat lebih awal sebelum timbulnya gejala yang menganggu penglihatan. Dengan adanya teknologi dan kepakaran, membolehkan kami menilai kesihatan mata anda dan mengesan tanda-tanda awal penyakit mata seperti:
- Glaukoma : Glaukoma dicirikan oleh peningkatan tekanan okular yang merosakkan saraf optik. Ia adalah penyakit berbahaya kerana ia tidak menyebabkan kesakitan atau penglihatan yang kabur sehingga tahap akhirnya yang menyebabkan buta. Gejala visual pertama yang dialami oleh …..
- Age-Related Macular Degeneration (ARMD) :
ARMD Penyakit degeneratif ini biasanya muncul selepas usia 50 tahun di bahagian tengah retina. Aktiviti seperti membaca atau memandu menjadi sukar bagi orang-orang dengan ARMD kerana mereka mempunyai kesulitan mengenali butiran, bentuk atau warna. Simptom yang tidak boleh dipandang remeh antaranya adalah kontras berkurangan, penglihatan kabur, penglihatan yang distort / senget dan saturasi warna yang berubah
- Diabetic Retinopathy : yang disebabkan oleh kencing manis, adalah punca utama buta pada orang dewasa di bawah 50 tahun. Ia menyebabkan lesi pada kapilari retina seterusnya menyebabkan pendarahan/kebocoran pada salur darah retina. Terdapat beberapa perubahan kepada diabetic retinopathy yang akhirnya menyebabkan buta jika pesakit lambat mendapat rawatan pakar.
- Katarak : adalah gangguan penglihatan yang berlaku apabila kanta kristalin kehilangan ketelusannya. Ini salah satu sebab utama low vision di Malaysia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang berusia lebih dari 60 tahun, namun ia juga boleh menjejaskan kanak-kanak kecil dalam kes katarak kongenital. Rawatan katarak dengan pembedahan oleh pakar merupakan pembedahan mata biasa dengan menukar kanta dengan implan kanta tiruan.
Mata Kering / Dry eye Disease ( DED )
Mata kering berlaku apabila air mata yang dihasilkan tidak mencukupi sebagai pelincir untuk mata anda. Air mata boleh jadi tidak mencukupi kerana pelbagai sebab. Komposisi air mata adalah campuran air(aques), minyak (lipid) dan lendir (mucus). Campuran ini membantu menjadikan permukaan mata anda licin , jelas, dan membantu melindungi mata daripada jangkitan. Mata kering mungkin berlaku jika salah satu komposisi campuran yang dihasilkan sedikit atau kurang berkualiti.
Simptom adalah seperti mata berpasir, pedih, merah, bengkak, mata letih, mata berlendir, mata berair, kabur sekali-sekala, sukar menggunakan kanta sentuh dan pelbagai lagi.
Rawatan untuk mata kering boleh menjadikan anda lebih selesa. Rawatan ini boleh merangkumi perubahan gaya hidup, eyedrops, lid-hygiene dan banyak lagi. Anda perlu mengambil langkah awal ini untuk mengawal gejala mata kering menjadi semakin teruk.
Antara faktor menyebabkan mata kering adalah faktor umur, kesihatan umum, penggunaan ubatan, rawatan pembedahan mata, perubahan hormon, persekitaran berhabuk/berangin, kurang berkelip semasa menggunakan gajet dan penggunaan kanta sentuh.
Peperiksaan mata yang merangkumi sejarah keseluruhan kesihatan dan kesihatan mata anda dapat membantu optometris mendiagnosis penyebab mata kering anda. Ujian akan dijalankan bagi menentukan kualiti air mata anda. Ujian menggunakan pewarna khas (fluorescein) untuk menentukan keadaan permukaan mata anda. Optometris akan melihat corak warnaan pada kornea dan mengukur tempoh masa sebelum air mata anda tersejat. Kelenjar meibomian iaitu kilang yang menghasilkan lapisan minyak di pinggir kelopak mata anda juga akan diperiksa. Kelenjar yang tersumbat biasa terjadi terutamanya pada kes radang (blepharitis) dan penggunaan maskara / kosmetik yang tidak betul.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, mata kering berisiko tinggi dijangkiti kuman, radang mata, ulser dan menjejaskan penglihatan.
Lambakan ubat titik mata di pasaran termasuk di farmasi dan yang di canang sebagai ubat mata ajaib adalah sangat membimbangkan. Hanya disokong oleh testimoni sahaja tidak mencukupi terutamanya ia dipasarkan tanpa kajian terperinci. Kandungan bahan ubat titik tersebut dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang seperti katarak, glaucoma dan penyakit sistemik lain. Eyedrops yang mengandungi steroid dan vasoconstriction hanya boleh digunakan dalam tempoh 2-3minggu sahaja mengikut saranan doktor. Vasoconstiction banyak dipasarkan untuk membuat mata merah kembali putih namun kesan penggunaan jangka panjang adalah berbahaya.
Di Matahari Optometri, ‘Klinik Dry Eye’ kami akan mendiagnosis lapisan air mata mana yang bermasalah dan dapat mencadangkan ubat titis yang sepatutnya digunakan bagi masalah mata kering. Kesan penggunaanya juga dapat di ukur sebagai bukti keberkesanan rawatan semasa rawatan susulan.
Pterygium
Pterygeum adalah tisu yang tumbuh di bahagian mata putih. Ia juga dikenali sebagai selaput luar. Penyebab utama pterygium adalah pendedahan kepada cahaya ultraviolet dan mata kering. Keadaan iklim Malaysia yang panas dan kering mungkin memburukkan lagi masalah. Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat pterygium, mereka yang banyak menghabiskan masa di luar rumah lebih berisiko contohnya petani dan nelayan.
Pterygeum bukanlah kanser. Namun, pterygeum menyebabkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu penglihatan jika ia merebak ke bahagian tengah kornea. Walaupun pterygium tidak berbahaya, ia perlu diperiksa untuk memastikan ia bukan sesuatu yang lebih serius. Jika anda mempunyai apa-apa benjolan atau tisu di sekitar mata.
Cara terbaik untuk mengurangkan risiko merebaknya pterygium adalah melindungi mata anda dari cahaya ultraviolet dengan penggunaan cermin mata hitam untuk mengelakkan pendedahan UV. Radiasi UV juga boleh menyebabkan katarak dan penyakit mata yang lain seperti kanser kulit, jadi mengurangkan pendedahan adalah langkah terbaik. Jika pterygium menjadi merah dan tidak selesa, artificial tears(air mata tiruan) boleh mengurangkan keradangan. Optometris anda boleh mencadangkan produk yang sesuai untuk digunakan.
Sekiranya pterygium mula berkembang ke kornea dan mengganggu penglihatan, pembedahan kecil mungkin diperlukan. Anda akan dirujuk kepada oftalmologist
Pengesanan awal semua penyakit mata ini dapat mengelakkan keadaan mata menjadi semakin teruk sehingga ada yang boleh menyebabkan kebutaan.
Leave a Comment