Servis kami

Pemeriksaan Mata Komprehensif

Written by azrulzul

Semasa optometris memeriksa mata anda, penglihatan jelas dan selesa dan kesihatan mata anda akan dititikberatkan. Selepas membincangkan keperluan dan masalah penglihatan, optometris kami akan melaksanakan satu siri ujian untuk menentukan diagnosis mata anda. Prosedur-prosedur ini termasuk pemeriksaan mata yang asas iaitu ujian membaca di carta, dan ujian-ujian lain yang lebih kompleks. Jangan risau jika anak anda tidak boleh memberi respon kerana optometrist juga boleh mengukur tahap rabun secara objektif dengan tepat. Terdapat juga pemeriksaan untuk memastikan dua mata anda berfungsi dengan betul sebagai satu pasukan Ujian untuk menilai keupayaan anda fokus kepada penglihatan yang dekat. Struktur dalaman dan luaran mata anda juga akan diperiksa dengan teliti. Instrumen khas digunakan supaya optometrist anda dapat menilai mata anda dengan kuasa magnifier ,ujian rabun darna dan ujian 3D.

Optometris kami akan mencari tanda-tanda katarak, glaukoma, degenerasi makula, atau penyakit lain bagi pengidap tekanan darah tinggi atau diabetes. Jika optometrist kami mengesan sebarang kelainan, mereka akan mencadangkan rawatan yang sesuai atau merujuk anda kepada pakar mata atau profesional kesihatan yang sesuai.

Pemeriksaan juga terbahagi kepada beberapa jenis. Biasanya tempoh diantara 30 – 45 minit diperlukan ke atas setiap individu bergantung kepada kes. Antaranya

Pemeriksaan Komprehensif Asas:

  • Ujian Rabun
  • Ujian Rabun Warna
  • Ujian Juling
  • Ujian Stamina dan Fokus
  • Ujian Stereopsis / Binokular
  • Ujian Slit Lamp
  • Ujian Tonometry / Tekanan Mata
  • Ujian Funduskopi
  • lain-lain ujian yang perlu / rujukan kepada pakar

Pemeriksaan Dry Eye / Kanta Sentuh

Ujian ini disarankan bagi mereka yang mempunyai masalah dry eye, setiap individu yang pertama kali menggunakan kanta sentuh dan lawatan susulan kanta sentuh . Antara ujian tambahan adalah ujian topography ( gambaran rupa bentuk/kontur kornea) ujian kualiti air mata dengan warnaan fluorenscein dan meibomiography ( gambaran kelenjar yang menghasilkan lapisan lipid pada airmata)

Pemeriksaan Komprehensif Binokular

Optometris akan menguji kebolehan dua mata mata bergerak ,ujian stamina binokular, kebolehan mata mencapah dan menumpu semasa pandang dekat dan jauh. Pemeriksaan ini adalah opsyenal dan hanya disarankan bagi kes yang mengalami simptom visual stress bagi menentukan diagnosis masalah penglihatan. Ini kerana terdapat kes dimana cermin mata sahaja tidak mencukupi dan memerlukan kaedah Vision Therapy.

Semua ujian ini adalah penting bagi memastikan anda dapat menggunakan mata dengan jelas, selesa dan bebas dari masalah penglihatan atau penyakit mata untuk jangka masa panjang.

Mengapa saya memerlukan pemeriksaan mata secara berkala?

Kebanyakkan penyakit mata berlaku perlahan-lahan, selama bertahun-tahun, dan kadang-kadang tanpa sebarang tanda atau simptom yang jelas. Pemeriksaan yang kerap menjadikan pengesanan lebih awal, membolehkan rawatan segera dan peluang yang lebih baik untuk mengawal penyakit ini bagi mencegah kehilangan penglihatan. Pemeriksaan berkala juga boleh memastikan anda boleh melakukan aktiviti harian seperti bekerja, bermain, melaksanakan hobi anda dengan selesa.

Leave a Comment