Servis kami

Low Vision

Written by azrulzul

Low Vision dan Penglihatan Terhad adalah keadaan dimana nilai penglihatan atau VA: 6/18 atau medan penglihatan 20′ atau lebih teruk walau dengan bantuan/kacamata. Keadaan ini akan mengganggu aktiviti harian seperti membaca, memandu, mengecam wajah dan berjalan. Low vision mungkin disebabkan oleh trauma, penyakit mata seperti makular degenerasi, diabetic retinopathy, katarak, glaukoma dan sebagainya.

Setiap pelanggan yang bermasalah low vision akan diperiksa oleh optometris dan penglihatan yang masih ada akan dinilai. Mereka mungkin tidak dapat dibantu dengan kanta kacamata biasa tetapi terdapat peralatan low vision yang dapat membantu meneruskan aktiviti tertentu yang tidak boleh dibuat sebelumnya. Berdasarkan keperluan individu, optometris kami akan mencadangkan peralatan low-vision yang difikirkan sesuai seperti kanta pembesar, peranti elektronik berteknologi, teleskop, filter dan sebagainya. Selain itu kami akan mencadangkan rehabilitasi/penambahbaikan bukan optikal lain bagi membantu pesakit dapat berdikari meneruskan kehidupan harian, pembelajaran dan pekerjaan.

Oleh kerana masa pemeriksaan yang diambil lebih lama berbanding kes biasa, pelanggan disarankan membuat temujanji sebelum datang.

Leave a Comment