Servis kami

Vision Therapy

Written by azrulzul

Sakit kepala, mata penat, penglihatan berganda, dan kabur boleh menyebabkan masalah membaca dan sakit kepala. Terapi Penglihatan @ Vision Therapy boleh membantu.

Tidak semua masalah penglihatan boleh diperbetulkan dengan kacamata atau kanta sentuh. Ada yang memerlukan rawatan yang lebih intensif yang dikenali sebagai Vision Therapy. Ia menggunakan teknik latihan terapi penglihatan bagi membantu memperbaiki penglihatan pesakit Visual Stress yang mungkin kecewa dengan kaedah lain.

Apakah Vision Therapy?

Vision Therapy adalah program dan aktiviti khusus yang dilakukan di bawah penyeliaan optometrist bagi membantu individu mengawal mata supaya mereka dapat membaca, menulis, memandu, dan menggunakan mata dengan betul. Penilaian menyeluruh cara mata berfungsi diperlukan sebelum menentukan seseorang individu memerlukan terapi penglihatan.

Setiap aktiviti ini dirancang secara individual bagi memenuhi keperluan visual setiap pesakit yang berbeza-beza.
Secara umumnya, ia dijalankan di premis Matahari Optometri, dalam sekali atau dua kali sesi seminggu selama 45 minit hingga satu jam.

Apakah simptom Vision Stess yang boleh dirawat dengan Vision Therapy?

  • Sakit kepala dan / atau mata penat
  • Kabur atau tidak selesa melihat dekat
  • Penglihatan berganda (double vision)
  • Meneleng kepala semasa membaca atau menonton TV
  • Memegang bahan bacaan terlalu dekat
  • Melangkau baris atau perkataan semasa membaca
  • Koordinasi tangan-mata yang lemah
  • Sering terlanggar objek semasa berjalan
  • Masalah menangkap bola, tidak pandai bersukan

Bagaimanakah saya tahu jika anak saya memerlukan Vision Therapy?Individu dewasa sering mengalami simptom Visual Stress yang disenaraikan di atas. Tetapi kanak-kanak biasanya tidak mengadu masalah penglihatan kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang dialami oleh semua orang. Oleh itu, kami akan bertanya dan menguji simptom seperti:

• kabur pandangan dekat

• Penglihatan berganda(double vision)

perkataan/ baris mungkin bergerak

• Meneleng kepala semasa membaca

• Memegang bahan bacaan dekat dengan muka

• Sakit kepala / penat

• Melangkau baris semasa membaca

• sering terlanggar objek.

Apakah Diagnosis yang boleh dirawat oleh Vision Therapy?

  • Amblyopia (Lazy Eye / Mata malas)
  • Masalah Akomodasi
  • Foria (Juling tidak kelihatan)
  • Strabismus (Juling kelihatan jelas)
  • Masalah binokular (Masalah menggunakan dua mata secara serentak).

  • Apakah Matlamat Vision Therapy?

Matlamat Vision Therapy bukan untuk menguatkan otot mata. Otot mata anda sudah sangat kuat. Vision Therapy adalah untuk menukar bagaimana seseorang memproses atau menafsirkan maklumat visual dari otak ke mata dengan selesa tanpa stress. Sepertimana semasa belajar sesuatu yang baru contohnya belajar menggunakan alat muzik, semasa belajar berbasikal, ia berlaku dengan beberapa sesi latihan, mengunakan pengajar terlatih dan latih tubi. Terapi sekali seminggu ini akan memantapkan skill penglihatan sehingga aktiviti dapat dilakukan secara natural tanpa stress. Latihan sampingan juga boleh dilakukan di rumah bagi mempercepatkan proses

Adakah Vision Therapy merupakan kaedah baru?

Vision Therapy telah berjaya diamalkan diluar negara dan diajar kepada optometris semasa di universiti termasuk universiti tempatan juga. Namun hanya beberapa optometris yang menawarkan servis tersebut di premis mereka kerana rawatan ini memerlukan kemahiran dan minat dari seseorang optometris.

Sekiranya anda mengalami simptom visual stress, pemeriksaan mata komprehensif perlu dilakukan terlebih dahulu. Selepas itu, anda akan menjalani penilaian penglihatan binokular bagi menentukan diagnosis samaada Visual Therapy diperlukan atau tidak.

Berapa lamakah tempoh masa Vision Therapy? Berapakah kos nya ?

Optometris kami akan merancang setiap kes Vision Therapy khusus untuk setiap pesakit. Memandangkan setiap kes adalah unik, ia bergantung kepada diagnosis dan tahap keseriusan masalah mata. Tempoh rawatan juga akan berbeza-beza bagi setiap individu. Semasa setiap sesi Vision Therapy dengan optometrist, mata akan diukur dan dinilai dan aktiviti baru akan diajar . Anda mungkin dibekalkan bahan tambahan untuk terapi di rumah. Kebanyakan program Vision Therapy berlangsung antara 3 hingga 9 bulan atau mungkin lebih bagi kes yang kompleks. Yuran bermula antara RM700 dan ke atas (untuk 3 bulan)

Adakah terapi penglihatan hanya untuk kanak-kanak?

Tidak, Vision Therapy boleh memberi manfaat kepada semua peringkat umur yang mengalami simptom visual stress dan ingin membaiki kemahiran visual mereka.

Saya diberitahu bahawa anak saya mempunyai penglihatan jelas (VA: 6/6) dan tiada sebarang rabun, adakah ini bermakna penglihatan mereka OK?

Penglihatan jelas amat penting namun ia hanyalah salah satu dari skill melihat yang perlu ada. Semasa pemeriksaan mata komprehensif, banyak ujian lain akan dijalankan. Di Matahari Optometri, kami berdepan dengan banyak kes penglihatan 6/6 dengan simptom visual stress. Jika anda / anak anda mempunyai penglihatan 6/6 tetapi mempunyai simptom visual stress, dapatkan nasihat Matahari Optometri untuk menilai kemungkinan masalah penglihatan yang berkaitan. Antara skill mata lain yang akan di nilai:

skill melihat dekat dengan selesa

skill menukar pandangan jauh-dekat-jauh dengan cepat dan selesa

skill menggunakan 2 mata secara serentak dengan selesa

Vision Therapy tidak menghilangkan keperluan untuk cerminmata. Anda masih memerlukan cerminmata untuk merawat rabun.

Vision Therapy juga bukan penyembuhan disleksia atau ADHD. Namun mereka berkongsi simptom yang hampir sama. Hanya pemeriksaan terperinci membolehkan optometris menentukan sama ada masalah membaca disebabkan oleh gangguan penglihatan atau sebaiknya.

Vision Therapy tidak sesuai untuk semua umur dan keadaan kerana ia memerlukan respon dan kerjsama dari kanak-kanak. Kami hanya menerima kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vision Therapy, sila set temujanji hari ini.

Leave a Comment