Servis kami

Klinik Myopia Control

Written by azrulzul

Apa itu Myopia?

Myopia adalah penglihatan jarak jauh yang kabur, yang sering dipanggil rabun jauh. Seseorang yang mempunyai myopia dapat melihat dekat dengan jelas contohnya apabila membaca buku atau melihat telefon – namun objek jauh contohnya papan hitam, televisyen atau semasa memandu kelihatan kabur.


Kajian menujukkan prevalens myopia di seluruh dunia semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan pada tahun 2050, separuh penduduk dunia mengidap myopia.

Myopia pada kanak-kanak akan meningkat semasa tumbesaran kanak-kanak selari dengan pemanjangan bola mata. Pengidap high-myopia (myopia >-6.00) lebih berisiko mendapat penyakit mata apabila mereka dewasa kelak. Selain kanta tebal yang kurang cantik, banyak aktiviti terhad dengan penggunaan cerminmata contohnya aktiviti berenang, bersukan kerena memerlukan cermin mata khas .

Jika anak anda sudah memakai cermin mata, anda boleh melakukan sesuatu untuk melambatkan peningkatan power myopia mereka. Sekiranya mereka belum menggunakan kacamata, anda juga boleh melambatkan onset myopia mereka.

Myopia berlaku akibat pemanjangan bola mata terlalu cepat pada masa kanak-kanak (onset kanak-kanak), atau terus berkembang lagi pada masa dewasa (onset dewasa). Berbeza dengan myopia onset dewasa, myopia onset kanak-kanak lebih cepat berkembang, menjadi power yang lebih tinggi dan lebih berisiko mendapat penyakit mata. Antara penyakit mata tersebut adalah

Degenerasi Macula : kabur penglihatan tengah, seperti mempunyai kain menutupi tengah-tengah penglihatan anda

Retinal Detachment : lapisan sensitif cahaya di belakang mata terkoyak, menyebabkan penglihatan yang herot atau buta bergantung pada lokasinya

Glaukoma : peningkatan tekanan dalam mata yang merosakkan saraf dan buta pandangan perlahan-lahan bermula dari tepi

[bg_collapse view=”link-inline” color=”#4a4949″ expand_text=”Apa penyebab myopia?” collapse_text=”Show Less” ]Kajian menunjukkan tempoh kerja dekat yang lama dikaitkan dengan perkembangan myopia. Antaranya adalah aktiviti seperti membaca, bermain permainan komputer, melukis atau menggunakan telefon pintar/tablet. Perubahana gaya hidup menjadikan kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan gadjet lebih awal mendorong onset awal myopia[/bg_collapse]

Apa penyebab myopia?

Kajian menunjukkan tempoh kerja dekat yang lama dikaitkan dengan perkembangan myopia. Antaranya adalah aktiviti seperti membaca, bermain permainan komputer, melukis atau menggunakan telefon pintar/tablet. Perubahana gaya hidup menjadikan kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan gadjet lebih awal mendorong onset awal myopia


Myopia juga dikaitkan faktor keturunan, dan latar belakang etnik. Seseorang yang salah seorang ibu atau bapa yang myope mempunyai tiga kali risiko mendapat myopia – atau enam kali risiko jika kedua-dua ibubapa adalah myopia.

Bagaimana saya boleh mencegah atau melambatkan myopia?

Mengawal onset Myopia: Mengawal tanda awal myopia sebelum ia berkembang sepenuhnya boleh membantu melambatkan onset myopia seterusny melambatkan perkembangannya. Ibubapa harus mengurangkan / mengawal tempoh masa kanak-kanak menggunakan gadjet dan kerja dekat. Sebaiknya maksimum 2 jam sehari sahaja masa menggunakan gadjet. Penggunaan gadjet kepada kanak-kanak bawah 2 tahun adalah dilarang sama sekali.

Visual hygiene: Apabila membuat kerja dekat samada membaca atau menggunakan gadjet, pastikan kedudukan bahan bacaan adalah betul untuk mengelakkan stress mata dan berehat setiap 20 minit dengan melihat ke luar bilik selama 20 saat.

Lebihkan Aktiviti Outdoor : 2 jam sehari adalah masa yang disyorkan untuk kanak-kanak membuat aktiviti luar rumah contohnya berbasikal, bermain bola dan sebagainya

Konsultasi dengan pakar Myopia Control : di Matahari Optometri, kami menitikberatkan kesihatan mata jangka panjang. Matlamat kami bukan hanya ingin memberikan penglihatan yang jelas, tetapi juga untuk mengawal dari kenaikan power yang seterusnya mengelakkan high-myopia. Staff kami arif dan dapat membantu anda dan anak anda memilih kaedah yang terbaik bagi mengawal myopia. Antaranya adalah penggunaan cermin dan kanta sentuh khas.

Orthokeratology : merupakan kaedah pemakaian kanta sentuh sewaktu tidur dengan mengubah bentuk kornea mata. Pemakai bukan sahaja bebas tanpa kacamata pada siang hari, malah kaedah ini terbukti mengawal rabun jauh dari menjadi lebih teruk.

Kanta Myopia control :
Cermin mata multifocal / bifocal sebagai pilihan terutamanya bagi mereka yang tidak boleh memakai kanta sentuh. Terdapat pelbagai pilihan dari pengeluar kanta, keberkesanannya juga berbeza mengikut jenis-jenis kanta.

Kanta sentuh harian multifocal : pemakaian kanta sentuh (daily wear progressive) boleh mengawal myopia. Produk ini agak baru di Malaysia namun kajian telah menunjukkan keberkesanannya untuk mengawal myopia.

Atropine Eyedrops : Atropine adalah ubat titik mata yang digunakan untuk melemahkan otot anak mata. Ia telah terbukti berkesan dalam mengawal myopia. Bagaimanapun secara peribadi, kami kurang menggalakkan kaedah ini kerana kesan sampingannya dan penglihatan dekat menjadi kabur membuatkan kanak-kanak masih memerlukan pemakaian cermin bifocal  

Adakah kaedah kawalan myopia ini adalah sesuatu yang baru?

Anda mungkin tertanya-tanya, sebenarnya kebanyakkan teknik adalah terbukti dari penyelidikan oleh pakar sejak bertahun, namun ia kurang di praktikkan kerana memerlukan optometris yang pakar dan peralatan tambahan.

Adakah kaedah kawalan myopia sesuai untuk semua?

Myopia biasanya berkembang cepat pada tahun-tahun awal persekolah sehingga umur 17 tahun. Inilah sebab mengapa kajian kawalan miopia biasanya melibatkan kanak-kanak sahaja.

Walaupun myopia juga boleh meningkat dan berkembang pada orang dewasa, namun ia agak jarang. Terdapat kemungkinan bahawa mata orang dewasa mungkin tidak bertindak balas terhadap rawatan myopia dengan cara yang sama sepertimana mata kanak-kanak. Jadi kawalan myopia dengan kaedah di atas hanya disarankan untuk kanak- kanak dan pra remaja. Lebih awal pelan kawalan di jalankan, lebih efektif kesannya bagi mengawal myopia.

Leave a Comment