Servis kami

Kanta Sentuh

Written by azrulzul

Berminat menggunakan kanta sentuh untuk pemakaian harian, majlis-majlis khas, atau bersukan?

Kanta sentuh merupakan peranti perubatan, jadi kami meluangkan masa untuk memastikan bahawa kanta yang dipakai bersesuaian dengan mata anda untuk jangka panjang, memberikan keselesaan maksimum, dan memberi anda penglihatan yang terbaik.

Untuk pemakai baru, kami mengajar anda bagaimana untuk memasukkan dan mengeluarkan kanta sentuh, penjagaan kanta sentuh, dan bagaimana menyelesaikan masalah sekiranya timbul. Sebelum kanta sentuh ditentukan, optometris kami akan mengambil kira faktor kornea, kelopak mata dan kualiti air mata pemakai.

Kami memastikan bahawa anda mempunyai semua yang anda perlukan untuk penggunaan jangka panjang dengan kanta sentuh!

Optometris kami boleh mencadangkan anda dengan kanta sentuh yang selesa, termasuk kanta khas untuk :

  • preskripsi yang tinggi
  • hi-astigmatisme
  • presbiope
  • kanta sentuh kosmetik
  • kanta sentuh harian
  • orthokeratology
  • RGP

Pengeluar kanta sentuh kini menggunakan teknologi terkini dari segi material dan design. Material baru yang lebih telap oksigen iaitu Silikon Hidrogel bagi pemakaian dengan tempoh masa yang lebih panjang, lebih selesa seterusnya mengurangkan risiko infeksi kornea.

Kunjungi Matahari Optometri untuk sepasang kanta sentuh anda hari ini!

Leave a Comment