Servis kami

Kacamata Berpreskripsi

Written by azrulzul

Mata adalah organ yang penting dan harus dijaga. Penglihatan adalah penting untuk proses pembelajaran, bekerja, dan menjalankan aktiviti harian. Oleh itu satu jenis kanta tidak semestinya sesuai untuk setiap individu! Kami memahami keperluan penglihatan setiap individu adalah tidak sama dengan individu lain bergantung kepada power, umur, keperluan penglihatan masing-masing.

Kanta dengan perlindungan UV, polarized dan Blue-light filter

Kanta untuk pengguna komputer skrin yang membolehkan anda mengguna komputer dengan selesa tanpa sakit kepala dan tanpa lenguh.

Kanta kawalan rabun jauh (myopia-control lenses)

Kanta progresif / multifokal berteknologi tinggi

Pakar kacamata kami akan membantu anda memilih kanta yang sesuai mengikut keperluan dan gaya hidup anda. Kami memilih lensa berdasarkan gaya hidup individu agar anda dapat melakukan aktiviti harian anda denagn selesa dan optimum. Dengan menggunakan teknologi terkini, kami mengambil ukuran yang tepat bagi setiap kanta hanya untuk anda.

Kami juga boleh memotong kanta ke dalam bingkai di tempat Matahari Optometri bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan lebih cepat.

Pelbagai koleksi bingkai dan cermin mata hitam, kanta costom-made yang berkualiti, dan rekaan khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Staff kami yang berpengalaman akan membantu anda memilih kacamata yang sesuai berdasarkan bentuk muka, power mata, dan kesesuaian dengan personaliti anda secara peribadi.

Leave a Comment