Servis kami

Klinik Dry Eye

Written by azrulzul

Dry Eye atau Mata kering berlaku apabila air mata yang dihasilkan tidak mencukupi sebagai pelincir untuk mata anda. Air mata boleh jadi tidak mencukupi kerana pelbagai sebab. Tiga (3) komposisi air mata adalah campuran air (aques), minyak (lipid) dan lendir (mucus). Campuran ini membantu menjadikan permukaan mata anda licin , penglihatan jelas, dan membantu melindungi mata daripada jangkitan. Mata kering mungkin berlaku jika salah satu komposisi campuran yang dihasilkan sedikit atau kurang berkualiti.

Simptom mata kering adalah seperti mata berpasir, pedih, merah, bengkak, mata letih, mata berlendir, mata bertahi, mata berair, silau berlebihan kabur sekali-sekala, sukar menggunakan kanta sentuh dan pelbagai lagi.

Penyakit Mata Kering adalah sejenis penyakit yang kronik dimana rawatan boleh menjadikan anda lebih selesa namun memerlukan penjagaan berterusan. Rawatan ini boleh merangkumi perubahan gaya hidup, eyedrops, lid-hygiene dan banyak lagi. Anda perlu mengambil langkah awal ini untuk mengawal gejala mata kering menjadi semakin teruk.

Antara faktor menyebabkan mata kering adalah faktor umur, kesihatan umum, autoimun, penggunaan ubatan, rawatan pembedahan mata, perubahan hormon, persekitaran berhabuk/berangin, kurang berkelip semasa menggunakan gajet, penggunaan kanta sentuh, dan inflamasi dari bakteria.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, mata kering berisiko tinggi dijangkiti kuman, radang mata, ulser dan menjejaskan penglihatan.

Lambakan ubat titik mata di pasaran termasuk di farmasi dan yang di canang sebagai ubat mata ajaib adalah sangat membimbangkan. Hanya disokong oleh testimoni sahaja tidak mencukupi terutamanya ia dipasarkan tanpa kajian terperinci. Kandungan bahan ubat titik tersebut dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang seperti katarak, glaukoma dan penyakit sistemik lain. Eyedrops yang mengandungi steroid dan vasoconstriction hanya boleh digunakan dalam tempoh 2-3minggu sahaja mengikut saranan doktor. Vasoconstiction banyak dipasarkan untuk membuat mata merah kembali putih namun kesan penggunaan jangka panjang adalah berbahaya.

Sekiranya anda mempunyai masalah mata kering anda mungkin dirujuk ke Klinik Mata Kering untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan. Oleh kerana masa yang diambil agak lama, optometris mungkin meminta anda hadir pada tarikh dan masa yang di tetapkan.

Peperiksaan mata ini merangkumi:

1- Sejarah keseluruhan kesihatan dan kesihatan mata anda dapat membantu optometris mendiagnosis penyebab mata kering anda.

2-Ujian TBUT akan dijalankan bagi menentukan kualiti air mata anda.

3-Ujian Slit Lamp Biomicroscopy, Ujian Tear Meniscus dan ujian fluoresein iaitu menggunakan pewarna khas untuk melihat keadaan permukaan mata anda. Optometris akan melihat corak warnaan pada kornea dan mengukur tempoh masa sebelum air mata anda tersejat.

4-Ujian Meibography – Kelenjar meibomian iaitu kilang yang menghasilkan lapisan minyak di pinggir kelopak mata anda juga akan diperiksa. Kelenjar yang tersumbat biasa terjadi terutamanya pada kes radang (blepharitis) dan penggunaan maskara / kosmetik yang tidak betul.

5-Ujian Shirmer juga dilakukan untuk menilai kuantiti komponen air (aques) pada air mata.

Di ‘Klinik Dry Eye’, kami akan mendiagnosis lapisan air mata mana yang bermasalah dan dapat mencadangkan artificial tears yang sepatutnya digunakan bagi masalah mata kering anda. Kesan penggunaanya juga dapat di ukur sebagai bukti keberkesanan rawatan semasa rawatan susulan.

Di Klinik Mata Kering, anda akan

1- Diajar dan mempraktikkan cara mencuci kelopak mata (Lid Hygiene) untuk diamalkan di rumah. Produk yang di syorkan hanyalah produk yang sudah terbukti secara klinikal merawat masalah mata kering.

2-Diajar teknik warm compress dan Meibomian Expression untuk membenarkan aliran kelenjar meibomian agar tidak tersumbat.

Untuk masalah mata kering yang teruk (Servere Dry Eye) anda mungkin perlu dirujuk untuk intervensi yang diperlukan contohnya penggunaan ubatan berpreskripsi dan kaedah lain.

Harus difahami bahawa masalah dry eye perlu dirawat seawal mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Bergantung kepada penyebab masalah mata kering, penggunaan articial tears adalah sebagai kaedah melegakan dan bersifat sementara (bukannya merawat), jadi optometris akan memberikan tarikh baru untuk follow-up bagi mamantau status mata kering anda dari masa ke semasa.

Leave a Comment