Adakah anda perasan penglihatan sewaktu pergi kerja jelas, tapi lewat petang penglihatan menjadi semakin kabur? Menyebabkan anda sukar memandu di waktu malam atau semasa pulang dari kerja?
Adakah mata anda tidak selesa selepas membuat kerja di hadapan komputer / notebook?
Adakah mata anda kelihatan merah atau berasa kering dan pedih?
Anda mungkin mengalami computer vision syndrome (CVS)
CVS adalah kumpulan beberapa masalah yang berkait dengan mata selepas menggunakan komputer. Ini kerana tempoh masa dihabiskan di hadapan komputer yang terlalu lama boleh menyebabkan masalah seperti :
- Dry eye – mata yang fokus mengadap komputer menyebabkan anda kurang berkelip. Ini menyebabkan permukaan kornea kering, kesat dan keadaan yang berterusan menyebabkan masalah dry eye yang lebih teruk dan silau.
- Mata penat / Daya fokus dekat lemah – Tumpuan pada komputer menyebabkan mata dipaksa bekerja keras untuk melihat dekat tanpa rehat. Jika dibiarkan bertahun-tahun keadaan menjadi bertambah teruk. Sesetengah individu mungkin mengalami kabur.
- Pandangan kabur dan/atau kerap sakit kepala – sesetengah individu mungkin ada mempunyai rabun yang tidak dibetulkan atau ada masalah juling pendam. Jika ia tidak dirawat, ia menyebabkan mata cepat penat dan tidak selesa.
Kaedah mengatasi
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah mata kering (dry eye) pedih dan kesat akibat CVS. Cara yang paling simple adalah sentiasa ingat untuk berkelip. Mungkin anda boleh letak note kecil ‘blink’. Jadi bila anda terpandang nota tersebut, anda akan lebih kerap berkelip.
Selain itu anda juga boleh gunakan artificial tears. Bukan sebarangan ubat titik atau ‘eye-more’, tetapi ia adalah pelincir, seakan air mata tiruan untuk melembabkan mata. Seeloknya gunakan yang preservative-free untuk mengelakkan kesan jangka panjang.
Amalkan teknik 20-20-20 iaitu semasa membuat kerja dekat, selang 20 minit, pandanglah jauh sejauh 20 kaki (6 meter) selama 20 saat. Boleh juga setkan timer selang 20 minit untuk tujuan ini.

Amalkan postur duduk yang betul
Pastikan juga posisi komputer dan kerusi adalah dalam keadaan selesa. Boleh rujuk gambar yang disertakan.
Sekiranya simptom CVS masih mengganggu fokus dan produktiviti anda, dapatkan pemeriksaan mata komprehensif dari optometris kami hari ini.
Anda mungkin mempunyai rabun yang tidak dibetulkan atau mengalami lemah daya fokus dekat, lemah stamina mata, juling pendam atau masalah penglihatan lain yang masih boleh dirawat – In shaa Allah.
Penglihatan anda adalah fokus kami
** Anda juga boleh dapatkan artificial tears Avizor Lactifresh 0.1% di Matahari Optometri. Ia mengandungi Sodium Hyaluronate (SH) sebagai agen pelembab. SH adalah bahan natural yang juga dihasilkan oleh badan. Ia bukan sekadar pelembab natural malah ia boleh merawat lapisan kornea yang terjejas. Lacrifresh 0.1% juga boleh digunakan semasa pemakaian kanta sentuh.

Leave a Comment